Thursday 3 November 2011

Salahkah Wanita Memilih?

Saya amat tertarik dengan topic hotfm am crew pagi nie…tajuknya “Salahkah wanita memilih?”…hehee…best kan topiknya…rasa tak sabar plak nak dengar pendapat teman2 lain mengenai topic tersebut…tapi topic nie lebih terarah kepada isu “lelaki : bergaji rendah & saiz fizikal yang rendah”…tu macam yang Faizal Ismail bagitau la…hehe…sebab tu lah topic persoalannya ditujukan kepada wanita…zaman sekarang la…kalau wanita dulu2 memang “terima seadanya”..yer la..macam kalau zaman dulu2 calon pasangan anak ibubapa yang carikan dan jodohkan…so dia orang tak kisah la pasal gaji or saiz tu…kan3??? (Maaf yer kalau tersalah cakap,sila betulkan yer)

~~~~Saiz~~~~
 Bagi aku plak, Alhamdulillah..suami aku sekarang nie kerja cikgu…so faham2 la kan..hehe…saiz dia plak tak rendah tak tinggi coz kita orang sama tinggi…hahahaaha….tapi memang betul la…kalau suami @ pasangan kita rendah dari kita memang la rasa janggal kan…yerla,nak berjalan pimpin tangan @ peluk2 ke (hikhikkk ;p) mesti kita rasa tak selesa kan?…tu pengalaman aku lar…sebab tu aku jarang pimpin tangan waima peluk lengan suami aku masa jenjalan…dahla tangan aku nie panjang (wahh……panjang ker???hahahhahah ) rasa macam tak selesa plak nak jalan…(mesti suami aku sedihkan sebab aku nie tak romantic…huhuuu) tapi nak wat camana, paling aku tahan pegang tangan dengan dia 5-10minit jer….pastu terlepas balik…(waaaaaaaaaaaa ;’[!!!!) kalau suami aku tinggi skit dari aku,or aku rendah skit dari dia ker, mesti aku siap boleh lentokkan kepala aku kat lengan dia masa jenjalan kan….wahhhhh…ngengada plak (o.O)…hahahhaha….ngeeeeeee (^,^)y

Apa2 pun aku still bersyukur sebab tu semua tak memberi efek sangat dalam perhubungan kami….semua tu ciptaan Allah dan kita kena percaya kepada Qada dan Qadar Allah…setiap kejadian yang Allah s.w.t cipta dan apa yang telah Allah s.w.t berikan pada kita pasti ada baik dan buruknya, dan setiap baik dan buruk tersebut pasti juga ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu…dan kadangkala tak tercapai dek akal kita yang sangat cetek ini…Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang terjadi dilangit dan dibumi…sedangkan kita hanya hamba Allah yang kerdil lagi hina disisi-Nya…siapa kita untuk mempertikaikan setiap pemberian-Nya…Allah telah menciptakan manusia sebaik2 hidupan di muka bumi ini..sebab tu kita kena bersyukur dengan setiap pemberian Allah kepada kita..

“NOBODY IS PERFECT!”…yesss!!! sebab memang betul pun tak der manusia yang sempurna…Sebab tu ciptaan Allah is the greatest One…Allah jadikan manusia dengan kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri…sebab tu jugak adanya hawa dan adam supaya saling melengkapi antara satu sama lain dengan kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing2 agar jadi sempurna…kalau semua sama jer boring la kan hidup nie…tak der pro and kontra nya…hehee…syiohhh…alu berceramah eh…huhuu…hehee..jangan marah (^^,) nie la padahnya kalau idea menulis mencurah2 jer…tapi betul la kan apa yang saya cakapkan tu???? Korang setuju tak? Kalau salah tolong betulkan k???

Haizzz….baru sedar yang aku tengah tengok hotfm kat 8tv nie….adushhhhhh!!!! Banyak plak komen and pendapat pendengar aku terlepas nih…syok sangat berceramah....huhuu…asyik kongsi pendapat aku jer dari tadi…hihii…tak per la…nanti aku klik komen dia orang kat facebook Hot fm fanpage k…

~~~Gaji~~~
Meh dengar pendapat aku plak pasal gaji…..(Korang pun bagi la komen jugak kat bawah tu k?? nak jugak dengar pendapat korang..sama ke tak dengan aku..hehe) Bagi aku kan, aku bersyukur sekarang nie aku dapat suami kerja tetap…so syukur jugak la makan minum pakai aku dan anak, suami beri secukupnya…walaupun kadang2 tu, problem jugak la kan…yerla, gaji cikgu bukannya macam gaji PM…hehe…tambahan plak aku nie tak keja, gaji pun harap suami jer yang “bayar” hujung bulan…(hikhikk ^^) Suami gaji kita pun gaji ek…hahahahaah…bertuahnya hidup…kan3??? ;p….Takperla, mungkin  aku belum ada rezeki lagi nak dapat keja and bantu suami aku agar kehidupan kami lebih baik…Semoga Allah jer yang mampu membalas penat lelah suami mencari rezeki untuk kami sekeluarga…amin

Tapi kan, kalau aku belum berkahwin pun, mesti aku pun nak jugak memilih bakal suami yang berkerjaya tetap…yer la, sekurang2nya kewangan dia stabil, setiap hujung bulan komfom dapat gaji…sedikit sebanyak MAMPU menanggung kehidupan isteri dan anak selepas kahwin…manalah tahu kan, majoriti suami mesti tak suruh isteri bekerja selepas kahwin…tambahan plak, dunia bertambah maju, harga barang2 keperluan semua dah naik, so kos sara hidup semakin bertambah….kalau tak memilih suami yang begaji besar susah la nak sara hidup selepas berumahtangga…bukan bermaksud untuk menjadi Materialistik, tapi zaman sekarang nie bukan macam zaman mak abah kita dulu….Rm50 macam2 barang dapat dibeli, pendek kata cukup untuk beli keperluan dapur untuk stok seminggu dua….tapi sekarang nie, kuss semengat…apa jer yang dapat dibeli dengan RM50 tu..ayam dan sayur jer lepas…betul tak?? Harga minyak pun semakin meningkat naik…sebab tu zaman sekarang dah tak relevan lagi istilah materialistik tuh….coz perempuan zaman sekarang pun dah mampu nak sara hidup lebih baik dari lelaki…Macam yang semua tahu sekarang, perempuan zaman sekarang majoriti gaji lebih besar dari lelaki..(susah plak aku nak susun ayat nie..harap korang faham la maksud aku dan jgn salah faham plak keh ;) ) Tapi kalau suami & isteri sama2 berkerja, oklah…takder masalah pasal kewangan..tak kisahla, gaji suami tu lebih rendah dari isteri..sebab masing2 dapat membantu antara satu sama lain..Jangan plak suami ambik kesempatan dan tak beri isteri gaji hujung bulan..nafkah tetap nafkah ok!!!! ;D

Sambung balik…..memang tak salah pun perempuan memilih, coz majoriti mak bapak sekarang pun pasti akan meneliti dulu latar belakang bakal menantu lelaki yang ingin dijodohkan dengan anak perempuan mereka…(macamtu jugak mak bapak lelaki….vise’versa)….yer la, zaman sekarang nie (bukannya semua k) mak bapak mana yang nak bermenantukan lelaki yang tak bekerja, takkan dia nak biarkan anak perempuan mereka hidup merana lepas kahwin sebab suami tak mampu tanggung makan minum pakai anak/cucu diaorang..sekali sekala tu boleh la mak bapak bantu, tapi kalau dia orang dah takder, sapa plak yang nak bantu kalau tak diri sendiri kan…lagipun, mak bapak kita bukannya bekerja dan semakin “muda”…sepatutnya kita yang kena jaga dan beri keperluan mereka…tak gitu???? Kasih sayang dan cinta antara pasangan tak cukup dalam kehidupan…sayang dan cinta bukannya boleh dimakan dan dipakai pun..tapi ianya boleh menyempurnakan kehidupan pasangan untuk saling melengkapi…dan berusaha untuk menyempurnakan kehidupan mereka agar lebih baik dan bertambah sempurna….betul tak???

Ermm….tu sedikit sebanyak pendapat dari aku lar….pendapat korang plak macamana??? Hehe..over tak pendapat aku nih???? Hahaha…Tak kisah la…masing2 ada pendapat sendiri kan…memang semua inginkan yang terbaik dalam hidup tapi kita jangan mudah lupa yang jodoh pertemuan,ajal maut semua di tangan Allah S.W.T…Jangan lupa jugak setiap apa yang berlaku, yang hadir dan apa yang kita terima tu semuanya atas kehendak Allah S.W.T, kerana hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita….Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Esa…..Allahhu Akbar!!! SubhanAllah….Bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang kerana di luar sana ada lagi yang lebih teruk kehidupannya dari kita…

Sama2 kita renung2kan dan sama2lah kita beramal….Peace No War (^_^)y…..

Jom..kita ikuti apa plak pendapat pembaca2 dan pendengar2 diruangan Hot Fm Fanpage di Facebook..

 
Wahhh...memang panas dan hot sepanas dan sehotnya HOTFM la topik nie...fuhhhh!!! o.O

Nie antara komen2 yang aku setuju jugak la...




 Cinta is Miracle (^^,)

Agreed!!
 (^_^)y
betul3 (^^,)
suami tanggung nafkah batin jer kot...lol! XD
 
Yes..pokok pangkalnya Tanggungjawab lelaki...kalau dia bergaji rendah sekalipun, pasti dia akan berusaha untuk mencari rezeki lebih bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga..
                                                           Ada betulnya jugakkan?? :)

yang nie aku nak bangkang skit la...ada jugak lelaki yang bergaji rendah pun pasang cawangan banyak2 bro...disebabkan itulah perempuan nie "materialistik" coz perempuan sllu berfikir panjang, yerla,kalau suami dia pasang lain ada jugak "harta" simpanan dia demi masa depan..Al-maklumla kan,suami kalau dah pasang byk tu sllunya dah tak berlaku adil (majoriti dan bukan semuanya k) so???

Panazzzzzzzz...hehee...rasanya tu jer la yang dapat saya share...tak larat plak nak baca kesemua 8++ lebih komen tu...so kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal topik n komen2 nie, sila layari di Sini

Best gak kan kalau kita berdebat dan bertukar pendapat pasal isu2 macam ni....yer la, bukan untuk menuding jari atau mengaibkan sesiapa pun...just sekadar meluaskan lagi fikiran dan sikap terbuka kita terhadap isu2 sensitiviti sesama kita...setiap pendapat rakan2 kita haruslah kita terima dengan hati yang terbuka, dan jangan plak terus disimpan ke hati, nanti boleh timbul perasaan benci dan dendam...masing2 ada pendapat tersendiri yang mungkin lahir dari pandangan dan pengalaman mereka sendiri....so kita haruslah menghormati antara satu sama lain...Kehidupan yang kita jalani mungkin berbeza tapi pada akhirnya kita tetap merasa pengalaman yang sama....Hidup nie kan ibarat roda yang sentiasa berputar...
Dan kepada yang empunya komen di atas yang saya share kat sini....Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana share komen korang kat blog saya arinie....bukan nak mengaibkan just sekadar berkongsi pendapat....kalau tak suka,bagitau saya dan saya akan remove pic tu....(time nie pun blog aku nie belum ada followers lagi..huhuu) so,feel free and tell me k??? (^^,)

Salam with Love,Peace and Lots of Thankx (^_^)y