Saturday 29 October 2011

INSHA'ALLAH by Maher Zain...my fav. song (^_^)

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way


Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side


Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Friday 28 October 2011

NUKILAN HATI SEORANG ANAK :'((((


Orang kata aku lahir dari perut emak...
Bila dahaga, yang susukan aku emak
Bila lapar, yang suapkan aku emak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..emak
Kata emak, perkataan pertama yang aku sebut.. "Ma"
Bila bangun tidur, aku cari emak
Bila nangis, orang pertama yang datang....emak
Bila nak bermanja... aku dekati emak
Bila nak bergurau... aku duduk sebelah emak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya emak
Bila nakal, yang memarahi aku... emak
Bila merajuk... yang memujukku cuma emak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah...emak
Bila takut...yang tenangkan aku....emak
Bila nak peluk....aku suka peluk emak...

Aku selalu teringatkan emak
Bila sedih, aku mesti telefon emak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu emak
Bila bengang.. aku suka luah pada emak
Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah emak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga emak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....emak
Bila ada masalah, yang paling risau...emak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....emak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...emak
Yang selalu berleter kat aku....emak
Yang selalu puji aku.....emak
Yang selalu nasihat aku.....emak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...emak

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari emak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada emak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat emak ku
Bila sambut birthday....Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu...emak ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon emak ku
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... . aku nak belikan hadiah untuk emak ku

Renungkan:
Dulu emak kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...Berderai air mata ku....Hari ini kalau emak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu...Aku boleh kirimkan...Tapi mak
dah takda :'((((

"Ingatlah pengorbanan ibu mu dan hargailah mereka selagi mereka masih hidup...Sesungguhnya Syurga setiap anak itu di bawah telapak kaki Ibu" 

RINDU KAT MAK SANGAT-SANGAT :'((

 Al-Fatihah buat arwah mak....Semoga ditempatkan dikalangan penghuni2 Syurga & insan-insan yang Mulia disisi Allah S.W.T.....
"Mak....kamek rindu glak ngan kitak :'((( ....26/10/2011....genap 9 tahun kitak pergi meninggalkan kamek orang semua...tapi kerinduan tok seolah2 baru semalam kitak pergi....masih terasa kehadiran kitak disisi kamek mak...setiap kali kamek rasa tensen mesti kamek tercarik2 ngan kitak...kitaklah orang pertama yang akan kamek carik...tempat kamek mengadu macam dolok2....kamek rindu ngan nasihat dan leteran kitak.....terasa sunyi bena hidup kamek eh walaupun adik beradik ngan bapak masih ada.....tambahan juak kamek dah ada kuarga dikpun.....masih terasa kosong juak hidup tok mak....kamek rindu nak tunggah "mak" agik...rindu ngan masakan mak....nyesal kamek aih sik belajar masak ngan kitak dolok....tapi yalah....kamek dolok gik sekolah, sik tauk reti ngan semua ya.....tapi mak kan....semenjak kamek dah berlaki and ada anak tok....baruk kamek terasa ngan semua ya....sebab ya kamek semakin rindu ngan kitak aih...huhuuu....betapa besarnya pengorbanan dan tanggungjawab seorang ibu @ mak....baruk kamek merasa macamni beratnya menjaga dan mendidik anak2 supaya menjadi anak yang baik.....
Mak....kamek mintak maaf sekali gik (dan sampai akhir nafas kamek) maafkan segala dosa2 kamek atas sikap2 kamek yang selalu menimbulkan masalah, amarah, atau melukakan hati kitak sepanjang kitak mendidik dan menjaga kamek sampe ke nafas terakhir kitak (dan sampe ke nafas terakhir kamek)...maafkan kamek k mak??? huhuuu :'(((
Mak.....kamek selalu berdoa semoga kamek dapat jadi mak yang terbaik macam kitak juak...hihii...tolong doakan kamek juak k??? semoga kamek dapat jadi emak yang tabah,kuat,penyayang,terer masak,dan sporting macam kitak juak untuk anak2 suami kamek yang tercinta....Amin Ya Rabbal Alamin...

Miss u always mom....goodnite :')

MY LOVELY MAK

arghhhh....can't sleepppppp!!!!

grrrrrrrrrrrrrrrrrr........mata tak leh nak lelap...sakit peyutttttt....huhuu :'((( dahla perut sakit, tambah plak lapar coz tak der selera.....try gak makan nasi tadi tp still tak der mood terus nak meneruskan suapan yang kedua....try plak masak mee goreng sedap....fuhh....dua tiga suap jer yang masuk....selebihnya tolak ke tepi jugak......memang siot betull la....time camni la aku paling tak sukaaaaaaaaaaaaaa sangat2......hilang terus mood aku.....huhuuuu.....(hehee...panjang2 jer dotdotdot aku malam nie......buhsan tul!!!! ngeee ;p )

ermmm...satu lagi yang aku tak suka bila "berjaga" time tengah2 malam macamni.....RINDU & AIRMATA.....huhuuuhuuuu.....macam2 kenangan dan insan yang berlegar2 di minda dan jiwa nih....aku x sukaaaaaa!! x sukaaaaa sangat2!!!! airmata aku mudah jer mengalir deras.....huhuu....seksa tau menanggung rindu.....lebih2 lagi bila teringatkan insan yang telah pergi meninggalkan diri ini.....apa salahku??? (chewahh...ngegeh da jak...hahahaha)
tapi yang bestnya...dah puas menangis terus tak sedarkan diri lagi dah...tup2...bangun pagi rasa macam mimpi jer nangis malam tadi....dan hilanglah kerinduan yang tak terungkap malam tadi sehinggalah tibanya malam2 "berjaga" kembali.....buwekkkkk!!! ;P hahahaha

adoiiiiiiiii...boring nyaaaaa!!!!!!!!! tak tahu dah nak wat apa nih....perut semakin memberontak plak....harap2 esok dah tak sakit lagi coz esok dah nak balik sekolah lagi....kat dalam express tu sejukk....kalau perut still masih sakit lagi esok memang naya la aku....mesti tak selesa duduk....aku fobia betul dengan sejuk2 nih....sejuk boleh buat aku sakit perut yang teramat...boleh buatkan hidung aku nie tak berhenti2 banjirnya....(hehee...soryyy!!!) Doktor pun dah sahkan yang aku nie allergik sama itu sejuk....boleh dikatakan sejuk itu musuh ku....huhuu...tapi air sejuk dan aiskrim aku belasah jer.....heheee...

ok lah....nak menidurkan diri plak.....nak membebel panjang ni pun aku dah blur....asyik menguap jer...tak jugak tidur....huhuu...gudnite dan selamat malam....

Semoga mimpi indah....peace yoO \(o.O)y

Episod Cinta Luka~~~~~

Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yg gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu di kesali aku harus pasrah

Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari

Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam

Ya Allah ya tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan yang aku alami
Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni

Jika benar ini takdir Mu
Berikanlah aku kekuatan diri
Damaikanlah hati nurani
Tabahkanlah jiwa ini
Agar aku dapat menjalani jambatan api ini

Jika ini juga kehendakMu
Biarkanlah cinta itu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhkan lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi…
 

~ERTI SEBUAH DERITA PERCINTAAN~~

Bersama hari2 semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara...Ya..hari2 semalam telah mengenalkan ku akan erti sebuah derita percintaan, percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga....

Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang..Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan..benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan, ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku ? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga2 cinta disegenap ruang hatiku?

Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan...Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua...benarlah kata orang tua2, "Cinta yang tidak disirami dengan bunga2 keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan"... Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta...Jika sesungguhnya di hatimu benar ada cinta untuk ku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali?!! Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu..

Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hatiku, padamkanlah ia....Kerana kelak ia akan membakar dirimu jua...Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta...Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian, tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu ? Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai kerana kepedihan dari kelukaan amat siksa sekali untuk ditanggung...Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta...

Cinta dicipta dan di anugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja...Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang, tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu...Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku....

Terima kasih atas kelukaan itu...Akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya...Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki walaupun kelak insan itu bukannya aku.....

Aku yang terluka.......

Tuesday 25 October 2011

♥ TAK MAMPU KEHILANGAN CINTA ♥

Ketika  kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.
Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.
Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.
Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.
Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual  dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.
Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.
Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.
Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.
Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.
Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.


Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.
Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.
Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.
Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.
Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.
Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.

Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.
Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.
Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk  membina sebuah keluarga yang bahagia?
Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?
Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.
Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.
Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?
Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.
Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.

Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.
Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.
Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.
Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.
Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.
Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.
Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?
Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?
Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?
Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.
Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.
Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...

Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.
Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!
Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.
Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Hukum-Hukum Cinta
Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.

Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.
Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.
Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.

Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.
Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.
Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.
Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.
Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.
Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.
Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.
Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.
Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.

Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.
Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.
Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu? Neraka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.
Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.
Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.
Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.
Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.
Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.
Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!

Ayuh Intai-Intai Semula
Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?
Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...
Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?

Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.
Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?
Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?
Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?

Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?
Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?
Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas  berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.


Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat  di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!
Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.
Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?
Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.
Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.
Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?
Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!
Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut  senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
Rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita  semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

sumber : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/951-tak-mampu-kehilangan-cinta.html

DIMANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA?

Assalamualaikum...

p/s~~> Artikel nie pun aku ambik gak dari fb iluvIslam...nie link dia http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/980-di-manakah-cantiknya-seorang-wanita.html


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

20 AMALAN MURAH REZEKI

Artikel nie aku jumpa kat fb iluvIslam tadi...memang aku suka sangat setiap artikel2 yang dipost dan disharekan kat situ...sebab boleh menambahkan lagi ilmu yang dah sedia cetek nie kan...so aku share la kat sini...boleh la dibaca bila memerlukannya nanti....semoga kita sama2 memperoleh manfaat dan ilmu Allah ini...

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
         Di antaranya:
  • MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
          Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
  •  MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
      Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
  •  TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
      Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:

  •  SENTIASA INGAT ALLAH S.W.T
          Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
  •  BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBUBAPA
         Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
          Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
  •  BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG YANG LEMAH
           Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
  •  TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
          Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
  • BANYAK BERSELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.
 
  • BANYAKKAN BERBUAT KEBAJIKAN
          Ibnu Abbas berkata:
  •  BERPAGI-PAGI
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

  • MENJALINKAN SILATURRAHIM
          Nabi S.A.W. bersabda:
  • MELAZIMI KEKAL BERWUDUK
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
  • BERSEDEKAH
        Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
  •  MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJJUD)
   Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab
seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

  • MELAZIMI SOLAT DHUHA
        Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
  •  BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T
          Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
          Firman-Nya lagi:
  •  MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU
          Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki. Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.
  •  BERDOA
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

  • BERIKHTIAR SEHABISNYA
Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. –[Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
         Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
  • BERTAWAKAL
         Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
         Nabi S.A.W. bersabda:
       Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
      Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Insya-Allah.

Monday 24 October 2011

Aktiviti Hari ini....

Fuh....finally...bertambah ok skit layout and background blog aku ari tok....widget2 pun dah ditambah skit2....dari malam tadi (pukul 3 am lebih baruk tido..fuhh!!) sampailah tghari tadi explore blogger and search google carik camni cara nak "menceriakan" blog...just theme blog jak gik lom jumpa cara yang paling simple add...kebanyakan layout make winrar file...bebal ku doe....erghh...tapi xpala....klak2 boleh la carik gik...line tenet slow coz dh limit..esok ari baruk reset balit...hehe...bestla nak search and download gik....sik bertelo nunggu nya loading....tol sik?? huhuu..cian berukband...hahaha...tapi ok gikla celcom pun line kat sitok berbanding ngan maxis...sebulan jak make maxis ria alu diterminated terus...percoma jak bayar tiap2 bulan sik banyak pake..tapi line fon still masih setia la make maxis..coz family and frenz banyak make maxis...dah..tutup cita pasal line2 tok...


Anyway...aritok beberapa minit jak masa yang diluangkan untuk facebook (fb)...haa...sebab ya la hati tok teringin bena mok molah blog...sik la bosan glak...ada juak k tempat bercerita...meluah rasa...and something like that...LOL...hahaha...sik best gik dah facebook nektok...geng2 riuh pun dah semakin renggang...ada yang dah wat haluan dikpun....sik berani la nak kaco...walaupun ku bena2 rindu ngan sidaknya....huhuu :'( sikpala...memang dah hakikat kehidupan...ada orang yang akan singgah lam hidup kita hanya sementara....apa2pun aku bersyukur glak2 kehadrat Allah SWT coz berpeluang berkenalan dan berkawan dengan sidaknya semua yang sudi memenuhi hari2 aku dan meninggalkan kenangan yang terindah dalam kamus hidup aku biarpun sementara...Lagipun setiap yang hidup pun pasti akan mati kan...segala2nya hanyalah sementara di dunia tok..(syiohh..alu berceramah eh!!haha;p)


Petang tek aku ada molah beberapa igek post kat lam blog ku tok....k nyelut gik bah...hehee...ok lah nak...k rindok2 ati...lagipun blom da followers gik tok....huhuu....sikpa...kaktok ku shoutout ngan member2 ku suh follow...aku dah berpakat ngan Ucop Wilcha bah....sapa x mok follow blog ku...KITO BAKOR JER!! KITO BAKOR JER!! FACEBOOK DIA ORANG...hahahahahahhaa
I love to Laugh Out Loud veli2 much ;P!!!!!! (time texting jak k...real2 aku tetak sopan...hikhikk ;p)


Okla...azan dah nak berkumandang....kita stop lok...pasya nak diat cita Sofiyya gik...nang best la Azhar Sulaiman berlakon ngan Tiz Zaqyah & Izara Aisyah....Jalan cita nya pun best...lak ku copy and paste pic2 kat fb Sofiyya ya...pake kenangan...mun padah camtok jak mesti lupak klak2 camni jalan citanya and sapa pelakonnya kan3??? hehe (^^,)


Salam....~with Lurve~~~

Cintamu Dusta!!!


MENGAPA BEGINI


Puas sudah telah aku bersabar

Untuk pertahankan cinta kita

Semakin diriku menahan peritnya

Semakin engkau membuat angkara

Apa sebenarnya ingin kau miliki

Bertahun berlalu kau masih begini

Ku harapkan dikau dapat berubah

Tapi sengketa yang kau pilih diantara kita

Apa sebenarnya salah dan silapku sayang

Hingga sanggup kau berdusta padaku

Mungkin juga silap ku terima kau kembali

Dan menaruh harapan ku sepenuh hati

Mengapa begini
♥ Harus ku hadapi

Mengapa jalan ini yang kau pilih

Mengapa berpisah diantara kita

Setelah ku beri dikau segalanya

Dengan apa yang ku beri

Tidak cukupkah untuk kau hargai

Mungkin juga engkau masih

Belum kenal erti cinta yang suci

~Mengapa Harus Begini Sayang?? ♥~