Wednesday 16 November 2011

Tips Menangani Masalah Stress [1]


Stress atau tekanan berpunca daripada sifat semulajadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk, dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang Berjaya menangani tekanan akan Berjaya menguruskan diri dengan baik. 

Hakikatnya, tekanan adalah lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif  kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi masalah tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

ALLAH
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diri kepada Nya.

BIASAKAN DIRI BERADA DALAM KEADAAN BERWUDUK
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu2 lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


BANYAKKAN SOLAT SUNAT
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari2. Anataranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, dan solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan sola2 sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


SELALU BERDOA KEPADA ALLAH
 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada NYa. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Asa dan dilakukan secara berterusan. Waktu2 mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah.



InsyaAllah….Allah akan memakbulkan doa setiap hamba Nya yang benar2 ikhlas. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


Tips Mengubati Penyakit Mulut Celupar



Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya?

Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

[1]Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

[2]Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari.

Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

[3]Ketiga..berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”

Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

[4]Keempat, Beristighfar...Sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.”

Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba dan semoga kita sama2 tergolong dalam insan yang mampu berubah ke arah kebaikan untuk duniawi juga ukhrawi...InsyaAllah..
 
"Bahaya Mulut Celupar Di Dunia Dan Akhirat"





The Twilight Saga~~Breaking Dawn Part One


Behold Twilight fans! Who’s up for another dose of the cold romantic (sparkly) vampire and the sizzling hot werewolf?

The Twilight Saga is back again with the forth sequel – ‘Breaking Dawn (Part 1)

 

Notice the wedding bands on the movie poster? Looks like Edward and Bella finally tied the knot and Bella got pregnant with a child that seems to be the center of the drama that takes place in the movie! 


Synopsis: In the highly anticipated next chapter of the blockbuster The Twilight Saga, the newfound married bliss of Bella Swan (Kristen Stewart) and vampire Edward Cullen (Robert Pattinson) is cut short when a series of betrayals and misfortunes threatens to destroy their world.

After their wedding, Bella and Edward travel to Rio de Janeiro for their honeymoon, where they finally give in to their passions. Bella soon discovers she is pregnant, and during a nearly fatal childbirth, Edward finally fulfills her wish to become immortal.


But the arrival of their remarkable daughter, Renesmee, sets in motion a perilous chain of events that pits the Cullens and their allies against the Volturi, the fearsome council of vampire leaders, setting the stage for an all-out battle.

The suspenseful and deeply romantic Breaking Dawn continues the epic tale of supernatural fantasy and passionate love that has made The Twilight Saga a worldwide phenomenon.

The trailer gives us just enough to leave us wanting more and wondering what will happen next!


Want to feel the adrenaline rush watching Robert Pattinson and Taylor Lautner in action again? Or be ‘cordially’ invited to the wedding of Edward Cullen and Isabella Swan?

Can't waaaaaiiiiiiitttttttttttt!!!!!!!!







Hikmah Tidur (1)


Doa tidur>> BismikAllahumma ahya wa amut...Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan aku mati...

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah s.a.w, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseoran untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi Muhammad saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. 



Antara Sunnah2 Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur ialah;
1) Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2) Jangan tidur menghadap kaki arah Kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3) Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Tasbih Fatimah ialah “Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x”

4) Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5) Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah2 dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik2 pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6) Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7) Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8) Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan...Semoga Tidur kita semua akan menjadi suatu Ibadah dan bukan semata2 untuk melepaskan lelah dan penat.

<bersambung>



WAJAH INSAN TERSAYANG TIDUR


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang Nampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Perhatikanlah wajah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Pasti hati kita akan berasa sayu melihat betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah. Betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, malah kerut-kerut juga mulai terpahat di wajahnya. Insan inilah yang setiap hari turun bekerja keras untuk kesejahteraan isteri dan anak-anaknya yang tercinta. Insan inilah juga yang rela melakukan apa saja asalkan perut kita kenyang dan pendidikan kita terjamin, tanpa mengira penat lelahnya.

Lihatlah wajah ibu anda..Betapa cantik dan tulusnya  wajah ibu walaupun kulit mukanya juga sudah menampakkan garis2 halus dan kedutan-kedutan mulai menghiasi wajahnya yang dulu tegang dan licin. Tangan yang dulunya halus membelai-belai tubuh kita itu kini tampak kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi suami dan anak-anak yang tersayang agar sentiasa sihat, dan gembira selalu.  Segala pengorbanan dan penat lelah disebalik wajah itu tak pernah kita ketahui. Insan inilah yang setiap hari menguruskan keperluan kita. Insan inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya itulah sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita sayangi dan cintai pula..Suami, Isteri, Anak-anak, Adik, Kakak, Abang, Sahabat, dan sesiapa saja yang kita sayang..Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energy cinta dan sayang yang mengalir perlahan-lahan terus ke hati kita saat menatap wajah mereka yang nyenyak tidur itu. Rasakanlah dan hayatilah perasaan yang mengalir saat kita mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka untuk kebahagiaan dan kesenangan kita..Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi dek salah faham dan perasaan ketidakpuasan hati yang entah kenapa sering saja nampak besar atau diperbesarkan. Ingatilah betapa teguran dan amarah mereka pada kita adalah semata-mata kerana mereka inginkan yang terbaik buat kita, tapi sering kali juga kita salah ertikan dengan menyangka bahawa mereka tidak sayang dan benci kepada kita. Betapa singkatnya pemikiran kita tanpa mengetahui perasaan ambik berat mereka pada kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak juga rumahtangga, kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Rasailah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu itu perlahan-lahan meresap ke jiwa lantas berguguran jua airmata apabila mengenangkan itu semua. Perasaan benci dalam diri akan sedikit sebanyak mengalir keluar berganti perasaan rindu dan sayang.

Tanpa kita ketahui, Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah polos mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu mengungkapkan segala penat lelah mereka.. Dan penyebab lelah dan penat itu tak lain tak bukan adalah demi kita yang amat mereka sayangi.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok insan-insan yang kita sayangi dan cintai itu tak lagi membuka mata untuk selamanya…Jangan biarkan penyesalan menerpa diri kita saat mereka tiada lagi di sisi kita.. Ambillah peluang sementara mereka masih ada, hargailah mereka dan jangan sakiti hati mereka kerana ajal maut tiada siapa yang tahu bila tiba masanya.

(¯`'•.¸¸¸¤°» Cinta
____(¯`'•.¸¸¸¤°» itu
_________(¯`'•.¸¸¸¤°» bagai
____________(¯`'•.¸¸¸¤°» cahaya
________________(¯`'•.¸¸¸¤°» dan
____________________(¯`'•.¸¸¸¤°» tak akan
_________________(¯`'•.¸¸¸¤°» ada
____________(¯`'•.¸¸¸¤°» yang
________(¯`'•.¸¸¸¤°» silau
____(¯`'•.¸¸¸¤°» kecuali
(¯`'•.¸¸¸¤°»mereka yg merasakannya

❤CINTA ELYSA❤ TV3


Malam nie cinta elysa dah masuk episode yang ke-10..saya cuma tengok kat mobile TV jer guna fon CSL ku yang setia tu..hehe..boleh tahan gak fon CSL nie..walaupon tak clear sangat..Suami saya pun minat gak tengok citer nie…dia suka sangat kat aril…hahaa..suka dengan lakonan derrrrrrrr..;p

Drama nie diterbitkan oleh Suhan Movie dan jalan ceritanya dikarang oleh Sharifah Abu Salem…Penulis novel yang terkenal…saya pun suka baca novel2 hasil karya beliau…sangat hebat dan menusuk jiwa…


Episode malam nie menceritakan pasal Aril yang dapati Elysa tak ada pada malam tu terduduk meroyan di depan pintu bilik Elysa tak tahu nak buat apa n cari kat mana. Dia telefon rumah Yasmin n orang gaji angkat cakap Elysa tak ada n dah lama tak balik. Dalam masa itu, konco-konco Rashid sudah ketahui rumah sewa Aril dan mereka akan terus perhatikan sehingga dapat Elysa.

Sani pula terus berjaya dengan kerjayanya sebagai pengedar dadah dan menjadi agen kesayangan Rashid. Rashid terus berharap untuk Sani terus mencari Elysa sedangkan hati jahat Sani ni dalam diam sanggup untuk membelakangkan Rashid jika dapat Elysa.













Keesokannya, Aril terjaga dari tidur dikejutkan oleh bunyi sesuatu jatuh di dapur. Rupanya Elysa terjatuh dengan tin biskut. Aril yang sebenarnya lega teramat dalam hatinya setelah melihat Elysa masih ada tetap ego dan tak reti ucapkan lafaz lega dan sayang pada Elysa sehingga kata-katanya membuat Elysa merajuk dan ugut untuk pergi meninggalkan dia. Sesuatu terjadi yang menahan Elysa untuk pergi.



Sani pula terus mendesak Joey untuk beritahu di mana Aril dan Elysa dan sanggup buat apa sahaja kepada Joey untuk kepentingan dia. Aril yang terus ditegur oleh Elysa untuk tinggalkan kerja-kerja haramnya dan kali ni Aril yang dah belajar mencari rezeki halal oleh Joey telah bertekad mencari kerja halal di situ.







Alhamdulillah berkat usahanya, dia diterima kerja dengan bayaran harian. Bayaran untuk hari pertama Aril belikan Elysa sekuntum bunga ros sebagai tanda minta maaf.



Malangnya,Elysa telah pun diculik oleh konco2 Rashid.Nak tahu cerita selanjutnya,nantikan CINTA ELYSA episod 11 Selasa, 22/11/2011 9.00malam di TV3... :)

Kredit to :FB CINTA ELYSA


~SINOPSIS PENUH~
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari – hari. Elysa pada mulanya tak suka kat Aril namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril.. 

Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Apakah kesudahannya??? Kita nantikan bersama (^^,)
For more updateSuhan Post Enterprise