Malam nie cinta elysa dah masuk episode yang ke-10..saya cuma tengok kat mobile TV jer guna fon CSL ku yang setia tu..hehe..boleh tahan gak fon CSL nie..walaupon tak clear sangat..Suami saya pun minat gak tengok citer nie…dia suka sangat kat aril…hahaa..suka dengan lakonan derrrrrrrr..;p
Drama nie diterbitkan oleh Suhan Movie dan jalan ceritanya dikarang oleh Sharifah Abu Salem…Penulis novel yang terkenal…saya pun suka baca novel2 hasil karya beliau…sangat hebat dan menusuk jiwa…
Episode malam nie menceritakan pasal Aril yang dapati Elysa tak ada pada malam tu terduduk meroyan di depan pintu bilik Elysa tak tahu nak buat apa n cari kat mana. Dia telefon rumah Yasmin n orang gaji angkat cakap Elysa tak ada n dah lama tak balik. Dalam masa itu, konco-konco Rashid sudah ketahui rumah sewa Aril dan mereka akan terus perhatikan sehingga dapat Elysa.
Sani pula terus berjaya dengan kerjayanya sebagai pengedar dadah dan menjadi agen kesayangan Rashid. Rashid terus berharap untuk Sani terus mencari Elysa sedangkan hati jahat Sani ni dalam diam sanggup untuk membelakangkan Rashid jika dapat Elysa.
Keesokannya, Aril terjaga dari tidur dikejutkan oleh bunyi sesuatu jatuh di dapur. Rupanya Elysa terjatuh dengan tin biskut. Aril yang sebenarnya lega teramat dalam hatinya setelah melihat Elysa masih ada tetap ego dan tak reti ucapkan lafaz lega dan sayang pada Elysa sehingga kata-katanya membuat Elysa merajuk dan ugut untuk pergi meninggalkan dia. Sesuatu terjadi yang menahan Elysa untuk pergi.
Sani pula terus mendesak Joey untuk beritahu di mana Aril dan Elysa dan sanggup buat apa sahaja kepada Joey untuk kepentingan dia. Aril yang terus ditegur oleh Elysa untuk tinggalkan kerja-kerja haramnya dan kali ni Aril yang dah belajar mencari rezeki halal oleh Joey telah bertekad mencari kerja halal di situ.
Alhamdulillah berkat usahanya, dia diterima kerja dengan bayaran harian. Bayaran untuk hari pertama Aril belikan Elysa sekuntum bunga ros sebagai tanda minta maaf.
Malangnya,Elysa telah pun diculik oleh konco2 Rashid.Nak tahu cerita selanjutnya,nantikan CINTA ELYSA episod 11 Selasa, 22/11/2011 9.00malam di TV3... :)
Kredit to :FB CINTA ELYSA
~SINOPSIS PENUH~
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).
Jasman bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari – hari. Elysa pada mulanya tak suka kat Aril namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Apakah kesudahannya??? Kita nantikan bersama (^^,)
For more update : Suhan Post Enterprise
0 comments:
Post a Comment