Wednesday, 16 November 2011

Tips Menangani Masalah Stress [1]


Stress atau tekanan berpunca daripada sifat semulajadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk, dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang Berjaya menangani tekanan akan Berjaya menguruskan diri dengan baik. 

Hakikatnya, tekanan adalah lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif  kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi masalah tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

ALLAH
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diri kepada Nya.

BIASAKAN DIRI BERADA DALAM KEADAAN BERWUDUK
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu2 lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


BANYAKKAN SOLAT SUNAT
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari2. Anataranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, dan solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan sola2 sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


SELALU BERDOA KEPADA ALLAH
 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada NYa. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Asa dan dilakukan secara berterusan. Waktu2 mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah.



InsyaAllah….Allah akan memakbulkan doa setiap hamba Nya yang benar2 ikhlas. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


0 comments: