Thursday 29 December 2011

20 Amalan Romantik yg perlu diamalkan oleh Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Nabi Muhammad SAW bersabda :
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Apa itu Penyakit Gila Meroyan?


Penyakit gila meroyan merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang.

 Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakitpostpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin. Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang.

Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaitu :-
  1. Postpartum Blues – jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
  2. Penyakit kemurungan – kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
  3. Psikosis – boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat
Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?
Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.
Apakah gejala gila meroyan?
Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.

  Gejala Maternity Blues
  • Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
  • Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
  • Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
  • Wanita ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
  • Gejala Kemurungan
  • Berlaku sekitar 10% – 15% dalam masyarakat
  • Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
  • Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
  • Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
  • Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
 Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
  • Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
  • Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
  • Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
  • Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
  • Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
Rawatan dan cara mengatasi
  • Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
  • Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
  • Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya

Thursday 1 December 2011

I Lurve Choco & I Heart Chocolate!!!!!



“Amboiii…suka sangat makan coklat yer?? Kamu kena ingat, kamu tu belum kahwin lagi..Kang gemuk lak nanti,padan muka!!!”

Kebiasaannya itulah ayat yang akan kita dengar sekiranya kita memakan coklat tanpa henti..hehe..Tak dinafikan,ramai yang suka makan coklat..Kepercayaan mengatakan amalan memakan coklat tidak baik kerana ia bukan sahaja menggemukkan bahkan menyumbang kepada penyakit kencing manis dan diabetes..Dalam sedar atau tidak coklat sebenarnya mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengawal kuantiti coklat yang diambil, makanya anda akan lebih sihat dan berat badan pun tidak akan naik..

APA MAKSUD COKLAT?
Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi tiga bahan utama yang berasaskan koko, gula dan susu. Ini menjadikan coklat bukan sahaja enak dimakan malah kaya dengan zat makanan yang diperlukan. Coklat mengandungi sumber tenaga yang tinggi bergantung kepada kandungan lemak, karbohidrat, dan protein di dalamnya.

Terdapat 3 jenis coklat yang boleh kita dapati di pasaran iaitu coklat susu, coklat putih atau coklat kosong (turut dikenali sebagai coklat pahit)

[1] COKLAT SUSU
Merupakan campuran antara coklat dengan susu dan gula..Berbanding dengan coklat lain, ia mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium, dan vitamin A dan B yang lebih tinggi.Kandungan protein dalam sekeping coklat susu boleh disamakan seperti anda memakan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal, mahupun segenggam kismis.


[2]COKLAT PUTIH
Merupakan coklat yang tidak mengandungi koko yang tinggi, dan dibuat daripada lemak coklat, gula dan vanilla..Ianya mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100gm boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk bergerak aktif seharian. Ia juga mengandungi kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi. Sekiranya dibandingkan dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat jenis ini adalah kurang kerana tidak mengandungi likur dan serbuk koko.



[3] COKLAT KOSONG
Tidak mengandungi gula, susu dan bahan2 lain..Coklat jenis ini pula mengandungi kandungan lemak dan zat yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100gm coklat kosong menyumbang 23%  daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Namun, kandungan zat2 lain dalam coklat ini agak rendah berbanding coklat2 jenis lain kerana tidak mempunyai campuran susu.



BAIKNYA COKLAT!!!!!!!!!
[a]Kandungan lemak,karbohidrat,dan protein dalam coklat menjadi pembekal tenaga segera yang amat penting terutama kepada golongan aktif seperti remaja dan kanak2.

[b] Coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin A,B dan D..

[c] Lemak koko merupakan lemak semulajadi yang terkandung dalam biji koko. Ia kaya dengan asid sterik iaitu sejenis asid lemak tepu. Umumnya, asid jenis ini akan meningkatkan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat dalam lemak koko adalah unik kerana tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol dalam darah.

[d] 38.2% asid foleik iaitu sejenis lemak tidak tepu yang bertindak untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah.

[e] Koko atau coklat juga kaya dengan protein, karbohidrat,vitamin A,B,D dan E..

[f] Makanan ini juga mengandungi “phenol” yang merupakan sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung.. Ini kerana “phenol” bertindak dengan menghalang lemak di dalam aliran darah yang akan menyumbat arteri.

[g] Memakan coklat akan memberi tenaga..Ia sesuai dijadikan makanan gentian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mendaki gunung, mengembara,bersukan dan banyak lagi.

Secara purata coklat mempunyai
#> 15% lemak
#> 6% protein
#> 17% karbohidrat
#> 15% tenaga
#> Vitamin dan mineral yang diperlukan

Coklat bukan sahaja makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:

@ Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
@ Protein kira2 15% daripada pengambilan tenaga
@ Karbohidrat kira2 50% daripada pengambilan tenaga

MAKAN COKLAT UNTUK GIGI SIHAT???
Benar!!! Kerana kebanyakan bahan yang terkandung dalam coklat terbukti berkesan untuk melindungi kesihatan gigi. Antara bahan2 tersebut ialah:
>> Kafein yang terdapat dalam coklat susu bertindak untuk mengurangkan kerosakan gigi. Bahan ini menghalang pertumbuhan plak dan mengurangkan pengeluaran asid yang menghakis gigi.
>> Kafein juga membantu untuk pertumbuhan gigi yang sihat.
>> Asid oksalik akan merencatkan pengeluaran enzim bacteria. Ini sekaligus menghalang pengeluaran asid.
>> Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam coklat mempunyai ciri2 kecairan yang memudahkan ia cair di dalam mulut. Ini menyebabkan pertumbuhan plak gigi akan terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di mulut.