Thursday 1 December 2011

I Lurve Choco & I Heart Chocolate!!!!!



“Amboiii…suka sangat makan coklat yer?? Kamu kena ingat, kamu tu belum kahwin lagi..Kang gemuk lak nanti,padan muka!!!”

Kebiasaannya itulah ayat yang akan kita dengar sekiranya kita memakan coklat tanpa henti..hehe..Tak dinafikan,ramai yang suka makan coklat..Kepercayaan mengatakan amalan memakan coklat tidak baik kerana ia bukan sahaja menggemukkan bahkan menyumbang kepada penyakit kencing manis dan diabetes..Dalam sedar atau tidak coklat sebenarnya mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengawal kuantiti coklat yang diambil, makanya anda akan lebih sihat dan berat badan pun tidak akan naik..

APA MAKSUD COKLAT?
Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi tiga bahan utama yang berasaskan koko, gula dan susu. Ini menjadikan coklat bukan sahaja enak dimakan malah kaya dengan zat makanan yang diperlukan. Coklat mengandungi sumber tenaga yang tinggi bergantung kepada kandungan lemak, karbohidrat, dan protein di dalamnya.

Terdapat 3 jenis coklat yang boleh kita dapati di pasaran iaitu coklat susu, coklat putih atau coklat kosong (turut dikenali sebagai coklat pahit)

[1] COKLAT SUSU
Merupakan campuran antara coklat dengan susu dan gula..Berbanding dengan coklat lain, ia mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium, dan vitamin A dan B yang lebih tinggi.Kandungan protein dalam sekeping coklat susu boleh disamakan seperti anda memakan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal, mahupun segenggam kismis.


[2]COKLAT PUTIH
Merupakan coklat yang tidak mengandungi koko yang tinggi, dan dibuat daripada lemak coklat, gula dan vanilla..Ianya mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100gm boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk bergerak aktif seharian. Ia juga mengandungi kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi. Sekiranya dibandingkan dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat jenis ini adalah kurang kerana tidak mengandungi likur dan serbuk koko.



[3] COKLAT KOSONG
Tidak mengandungi gula, susu dan bahan2 lain..Coklat jenis ini pula mengandungi kandungan lemak dan zat yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100gm coklat kosong menyumbang 23%  daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Namun, kandungan zat2 lain dalam coklat ini agak rendah berbanding coklat2 jenis lain kerana tidak mempunyai campuran susu.



BAIKNYA COKLAT!!!!!!!!!
[a]Kandungan lemak,karbohidrat,dan protein dalam coklat menjadi pembekal tenaga segera yang amat penting terutama kepada golongan aktif seperti remaja dan kanak2.

[b] Coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin A,B dan D..

[c] Lemak koko merupakan lemak semulajadi yang terkandung dalam biji koko. Ia kaya dengan asid sterik iaitu sejenis asid lemak tepu. Umumnya, asid jenis ini akan meningkatkan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat dalam lemak koko adalah unik kerana tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol dalam darah.

[d] 38.2% asid foleik iaitu sejenis lemak tidak tepu yang bertindak untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah.

[e] Koko atau coklat juga kaya dengan protein, karbohidrat,vitamin A,B,D dan E..

[f] Makanan ini juga mengandungi “phenol” yang merupakan sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung.. Ini kerana “phenol” bertindak dengan menghalang lemak di dalam aliran darah yang akan menyumbat arteri.

[g] Memakan coklat akan memberi tenaga..Ia sesuai dijadikan makanan gentian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mendaki gunung, mengembara,bersukan dan banyak lagi.

Secara purata coklat mempunyai
#> 15% lemak
#> 6% protein
#> 17% karbohidrat
#> 15% tenaga
#> Vitamin dan mineral yang diperlukan

Coklat bukan sahaja makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:

@ Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
@ Protein kira2 15% daripada pengambilan tenaga
@ Karbohidrat kira2 50% daripada pengambilan tenaga

MAKAN COKLAT UNTUK GIGI SIHAT???
Benar!!! Kerana kebanyakan bahan yang terkandung dalam coklat terbukti berkesan untuk melindungi kesihatan gigi. Antara bahan2 tersebut ialah:
>> Kafein yang terdapat dalam coklat susu bertindak untuk mengurangkan kerosakan gigi. Bahan ini menghalang pertumbuhan plak dan mengurangkan pengeluaran asid yang menghakis gigi.
>> Kafein juga membantu untuk pertumbuhan gigi yang sihat.
>> Asid oksalik akan merencatkan pengeluaran enzim bacteria. Ini sekaligus menghalang pengeluaran asid.
>> Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam coklat mempunyai ciri2 kecairan yang memudahkan ia cair di dalam mulut. Ini menyebabkan pertumbuhan plak gigi akan terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di mulut.


0 comments: