Showing posts with label pergi. Show all posts
Showing posts with label pergi. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Hidup Tanpa Cinta



Ekspresi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah.
Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.

Namun,apabila lima perkataan itu –CINTA- semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.

Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.Mula2 memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.

Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada Nya. Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.

LATIH MINDA MELUPAKAN KENANGAN PAHIT
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku sahaja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.
 Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri “berhenti” mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
BUANG SIKAP RISAU
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang2 takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
BELAJAR BERSYUKUR
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja!! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
BELAJAR JADI PEMAAF
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut,sedih,kecewa,gusar,menyampah,marah,geram,cemburu,tidak puas hati,dendam, atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu. 

Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan anda sering dibuai kesedihan,kekecewaan, dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
KETAWA,KETAWA DAN TERUS KETAWA.
Ketawa bukan dibuat2,tapi biar ketawa yang benar2 menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca berita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatic. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa???

Friday, 28 October 2011

Episod Cinta Luka~~~~~

Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yg gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu di kesali aku harus pasrah

Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari

Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam

Ya Allah ya tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan yang aku alami
Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni

Jika benar ini takdir Mu
Berikanlah aku kekuatan diri
Damaikanlah hati nurani
Tabahkanlah jiwa ini
Agar aku dapat menjalani jambatan api ini

Jika ini juga kehendakMu
Biarkanlah cinta itu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhkan lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi…