Saturday 19 November 2011

Sinopsis Filem Ombak Rindu


Yeayyyy....Sebuah kisah dari novel "Ombak Rindu" hasil karya Fauziah Ashari akan ditayangkan di pawagam seluruh tanahair tak lama lagi...Pasti ramai yang dah tak sabar nak tunggu kan?? Terutamanya peminat novel tersebut...saya pun tak sabar gak nak tengok....hehe...

~SINOPSIS~
Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku2 yang terpaksa diharungi oleh insane bernama IZZAH lakonan aktres jelita, MAYA KARIN dalam filem terbarunya, OMBAK RINDU. Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, TAHA, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama HARIZ lakonan AARON AZIZ. Hariz sanggup “membeli” Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya harus dirahsiakan.

Kehadiran MILA AMYLIA lakonan LISA SURIHANI, seorang model dan pelakon terkenal tanahair, dan merupakan anak kepada TAN SRI RASHDAN menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan DATUK SUFIAH setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sama2 kita nantikan tayangannya yang akan mula ditayangkan DISEMBER nanti.
CANTT WAITTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!

OST OMBAK RINDU