Monday 14 November 2011

Fahami Fikiran Si Dia ❤(^_^)❤


Semua orang tahu bahawa lelaki dan wanita adalah 2 makhluk yang sangat berbeza. Masing2 ada ciri-cirinya yang tersendiri. Jadi, bagaimanakah mereka boleh bersatu dalam ikatan yang dinamakan perkahwinan?

Fikiran lelaki dan wanita sebenarnya bekerja dengan cara yang berbeza. Tapi perbezaan inilah yang akan membuatkan anda lebih menghargai pasangan dan akan membuatkan ikatan perkahwinan lebih menyeronokkan. 

Untuk pengetahuan anda, otak lelaki dan otak perempuan berbeza dari segi bentuk, serta fungsinya. Hasilnya, tindakan dan tindak balas antara mereka berbeza. Pasangan suami isteri yang faham tentang hal ini akan menerima pasangan seadanya tanpa sebarang pertikaian.
Kat bawah nie ada beberapa perbezaan yang anda patut tahu agar lebih bersedia untuk berhadapan dengannya.

1) Bahagian emosi wanita lebih sensitif berbanding lelaki.
Wanita lebih beremosi daripada lelaki. Rasa simpati, persefahaman antara satu sama lain sangat penting bagi wanita.

Nasihat untuk suami;
Jangan rasa bersalah jika secara tiba2 isteri anda tidak ada “mood”. Ketika isteri anda sedang berhadapan dengan masalah, cuba tenangkan mereka dengan memeluk, memujuk atau luahkan rasa sayang anda padanya. Akan tetapi, anda perlu berhati2 agar tidak terpengaruh dengan apa yang dirasainya ketika itu. Cubalah berfikir dan bertindak dengan rasional dan berusaha untuk menstabilkan emosi isteri.
Semasa berhadapan dengan masalah berkitan  emosi, wanita lazimnya mahukan anda bercakap dengannya seperti yang lazimnya dia lakukan pada anda. Oleh itu, buatlah apa yang sepatutnya. Berterus-teranglah pada isteri secara baik jika anda tidak mampu untuk memujuknya ketika itu dan bukannya diam sahaja. Dia pasti akan faham jika anda memberitahunya.

Nasihat untuk Isteri;
Emosi yang keterlaluan boleh menjurus kepada pemikiran yang tidak rasional. Cubalah berfikiran matang dan belajar terima cara suami melayan anda walaupun dia tidak menunjukkan rasa simpati seperti yang anda inginkan. Kalau inginkan simpati, mintalah daripada ibu ataupun adik beradik perempuan anda. Jangan sesekali gunakan perubahan hormon anda sebagai alas an untuk “mood” yang selalu berubah2. Pandai2-pandailah kawal emosi diri sendiri.
Ketika suami pula sedang sedih, berilah peluang untuk dia berfikir. Jangan ganggu dia. Biar dia sendiri yang jumpa anda selepas keadaan kembali reda.

Nasihat untuk kedua-duanya;
Jangan membalas emosi pasangan yang terganggu dengan rasa marah. Jadilah insan yang lebih memahami dan menyayangi. Elakkan daripada terus menyakiti hati si dia yang akan membuatkan keadaan menjadi bertambah teruk.

2) Pusat seksual lelaki lebih aktif berbanding wanita
Apabila bercakap tentang hubungan intim, lelaki dan wanita ada pendapat masing2. Bagi wanita, hubungan tersebut membabitkan hal emosi dan rasa cinta terhadap suami. Manakala bagi lelaki, hubungan tersebut adalah sentuhan fizikal atas dasar cinta yang dapat memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan isteri. Ini bermakna, antara lelaki dan wanita, rangsangan dan kepuasannya berbeza.

Nasihat untuk suami;
Cubalah cari cara untuk mengawal diri sendiri ketika bertemu wanita lain. Sekiranya anda biarkan diri berimaginasi tentang wanita lain, hubungan anda dengan isteri akan bermasalah. Lelaki berkecenderungan untuk menzahirkan rasa cinta mereka kepada isteri menerusi hubungan kelamin. Walau bagaimanapun, isteri anda mungkin tidak dapat merasa kehangatan cinta anda ketika melakukan hubungan kelamin jika anda luahkan rasa cinta itu melalui hubungan kelamin semata-mata. Oleh yang demikian, sebagai suami anda mestilah berusaha untuk bertenang apabila tiba tentang seks dan pastikan  hubungan intim yang dijalinkan bersama isteri dapat dinikmati bersama dan bukan anda seorang sahaja.
Pada masa yang sama, cuba cari apa yang isteri anda suka dan buat dia rasa dihargai dan dicintai seperti memberikan dia bunga, nota2 cinta, coretan kata2 puitis, dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, wanita yang ada ikatan emosi yang kuat dengan suaminya lebih bersikap terbuka ketika di kawar beradu.

Nasihat untuk Isteri
Anggaplah keinginan seksual suami sebagai salah satu cara dia menunjukkan kasih sayangnya pada anda. Janganlah beranggapan bahawa dia memandang  anda hanyalah sebagai alat untuk melepaskan nafsunya. Sekiranya anda rasa seperti itu, beritahu suami dan berbincanglah bersama. Pastikan anda mendapat jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Jangan takut untuk menunjukkan keinginan anda. Perbuatan tersebut sebaliknya akan menjadikan hubungan anda berdua bertambah erat.

Nasihat untuk kedua-duanya;
Suami dan isteri akan dapat merasai pengalaman yang lebih baik sekiranya mereka tidak mementingkan diri sendiri. Hubungan intim juga akan jadi lebih menarik dan menggembirakan.

3) Wanita berfikiran lebih terbuka
Deria wanita lebih sensitif. Hasilnya mereka akan perasan perkara2 yang remeh-temeh dan lebih mudah melakukan kerja2 yang memerlukan penelitian berbanding lelaki.

Nasihat untuk suami;
Jangan menganggap isteri anda seorang yang pengecut jika dia “bisingkan” tentang luka2 kecil dan lebam2 yang ada padanya. Dia mungkin rasa sakit lebih daripada anda. Anda juga perlu mempercayai pertimbangan isteri dalam situasi di mana  memerlukan anda menyerap banyak informasi dengan cepat. Isteri anda mampu mengesan tanda2 kecil yang mungkin anda tidak perasan.

Nasihat untuk Isteri;
Jangan fikir suami anda peka terhadap setiap benda yang anda ada. Bantulah dia mengesan hal2 kecil yang mungkin dia terlepas pandang tetapi penting. Akan tetapi, jangan bebankan suami dengan terlalu banyak maklumat yang mungkin ada di antaranya tidak sesuai baginya. Anda juga perlu bersabar dengan suami  sekiranya dia perlu melakukan kerja yang ada kaitannya dengan hal2 yang memerlukan perincian. Dia tentu tidak dapat merasakan bahawa mencari barang dalam almari mudah.
Suami anda juga mungkin tidak berminat dalam banyak perkara yang anda beritahu padanya. Jadi,jangan berkecil hati. Inilah masanya ibu dan adik beradik perempuan diperlukan. Pastinya, suami anda tidak berminat dengan jualan murah kasut ataupun beg tangan. Oleh itu, ajaklah rakan2 ke sana dan bukannya suami.

4) Lelaki berfikiran sempit.
Lelaki hanya mampu fokus  terhadap satu perkara dalam satu2 masa. Manakala fikiran wanita mampu memikirkan banyak hal walaupun dalam keadaan terdesak. Biasanya, lelaki akan menyiapkan dahulu tugasan yang sedia ada sebelum memulakan yang lain.

Nasihat untuk kedua-duanya;
Kelebihan yang ada pada wanita dan lelaki walaupun berlainan jika digabungkan akan menjadi satu pasukan yang sungguh efektif.  Sekiranya anda berdua menggunakan segala kelebihan yang ada pada diri masing2 untuk melakukan sesuatu kerja, percayalah bahawa kerja atau tugasan tersebut akan dapat disiapkan cepat dan lebih berkualiti.

Sebenarnya, antara lelaki dan wanita ada banyak perbezaannya. Untuk memastikan alam rumahtangga yang dilalui bersama sentiasa aman dan harmoni, masing2 kenalah sentiasa faham-memahami dan terima diri pasangan seadanya. Lagipun, Tuhan telah menjadikan manusia berpasang-pasangan. Jadi, sudah tentulah masing2 saling memerlukan antara satu sama lain. Ingat, jangan sesekali ukur kemampuan pasangan mengikut pandangan sebelah pihak saja sebaliknya dapatkan juga pendapat kaum berlainan jantina agar lebih relevan.

Baik Buruk Antibiotik


Apa itu Antibiotik?

Antibiotik adalah sebatian kimia yang dihasilkan daripada pelbagai sepsis mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Umumnya, antibiotik adalah anti bakteria yang bukan sahaja dihasilkan oleh mikrob, malah turut mengandungi bahan sintetik seperti sulfonamid dan kuinolon.

Sejak ditemui pada tahun 1928 oleh Alexander Fleming, antibiotik menjadi subjek penting dalam dunia perubatan.  Penisilin yang ditemui oleh saintis Perancis, Alexander Fleming adalah salah satu jenis antibiotik yang paling banyak digunakan dalam amalan klinikal. Hal ini kerana penisilin merupakan produk daripada sejenis kulat yang didapati berkemampuan membunuh pelbagai jenis bakteria. Lantaran keistimewaan itulah, ia kemudiannya digunakan sewaktu Perang Dunia Kedua sebagai rawatan utama.

Sehingga ke hari ini, pelbagai jenis antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ini kerana, para pakar dalam bidang perubatan mengakui kebaikan antibiotik yang berupaya membunuh bakteria dan merencatkan aktiviti bakteria. Sekali gus, berkesan untuk melumpuhkan kemampuan bakteria daripada terus merebak di dalam badan. Namun, harus anda ingat, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukannya virus!

Sehubungan itu, kebanyakan daripada sakit biasa yang anda alami seperti batuk, sakit tekak, dan selesema adalah berpunca daripada virus. Penyakit sebegini kebiasaannya akan hilang dengan sendirinya selepas tempoh beberapa hari walaupun anda tidak mengambil sebarang jenis antibiotik. Namun, jika doktor membekalkan antibiotik dan pada masa yang sama anda mengambilnya, 80% daripada antibiotik berkenaan merupakan suatu pembaziran kerana ia tidak akan memberi apa2 kesan kepada virus yang menyebabkan anda jatuh sakit. Lebih teruk lagi, ia boleh memudaratkan tubuh.

Hati-Hati!
Atas sebab itulah, anda perlu sentiasa berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya mengambil antibiotik. Bahaya yang mungkin anda undang kepada tubuh termasuklah mendedahkannya kepada pelbagai jenis alahan.

Kesan Sampingan~~
Buruk!
Penggunaan antibiotik sama seperti ubat-ubatan yang lain mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Contohnya seperti loya, pening, muntah, dan cirit-birit. Malah ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk seperti pekak, sawan, rosak buah pinggang, usus, dan hati.

Sementara itu, sindrom Steven Johnson merupakan salah satu kesan sampingan daripada beberapa jenis antibiotik yang berasaskan sulfa. Pesakit biasanya akan mempunyai masalah di bahagian mata, mulut dan lidah selain daripada mengalami keadaan kulit seperti terbakar. Kesan-kesan sampingan seperti ini kadang-kala boleh menyebabkan kematian.

Baik!
Seperti yang anda sedia maklum, bukan semua bakteria di dalam tubuh adalah jahat. Sebagai contoh, bakteria lactobacillus. Bakteria baik ini memenuhi usus bagi menghalang bakteria jahat seperti clostridium difficile agar tidak dapat memenuhi ruang usus yang boleh menyebabkan cirit-birit. Begitu juga halnya dengan bakteria baik yang menghuni kawasan faraj wanita. Tanpanya, kulat candida dengan mudah dapat membiak di kawasan berkenaan.

Kawan @ Lawan?
Malangnya, antibiotik tidak mengenal kawan mahupun lawan. Apabila anda mengambilnya, ia akan berfungsi seperti pembunuh kejam. Keistimewaan yang dimilikinya akan membunuh kesemua jenis bakteria sama ada bakteria baik ataupun bakteria jahat. Oleh kerana itulah, anda perlu teliti sebelum mengambil sebarang jenis antibiotik.

Sekiranya diambil sewenang-wenangnya, bakteria-bakteria terutamanya bakteria jahat yang tidak terbunuh akan menjalani proses mutasi. Bakteria ini akan menjadi kebal dan lama-kelamaan menjadi semakin kuat. Apabila antibiotik yang sama digunakan untuk mengatasi bakteria ini, ia tidak lagi mampu berfungsi seperti sebelumnya. Kesannya, doktor2 di klinik2 biasa terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat lagi sehingga tiada lagi antibiotik yang benar2 berkesan terhadap tubuh anda.

Tahukah anda?
Kebanyakan antibiotik adalah sangat kecil dan beratnya adalah kurang daripada 2000 Da.!!!!!!

8 Sebab Mengapa Bertudung Lebih Baik


1. Tuntutan Agama
Putri Rasulullah kemudiannya menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu. Rasullah menjawab, “ Wahai Putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya

2. Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihatkan kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah anda berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah anda berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3. Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan sihat.

4. Tidak membazir
Tidak perlu pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli pewarna mahal, shampoo atau pergi ke salon.

5. Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta : Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

6. Lebih sopan dan manis.
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. Jadi korang ada value added sebenarnya.

7. Menjadikan diri anda “mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8. Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.