Monday, 14 November 2011

Baik Buruk Antibiotik


Apa itu Antibiotik?

Antibiotik adalah sebatian kimia yang dihasilkan daripada pelbagai sepsis mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Umumnya, antibiotik adalah anti bakteria yang bukan sahaja dihasilkan oleh mikrob, malah turut mengandungi bahan sintetik seperti sulfonamid dan kuinolon.

Sejak ditemui pada tahun 1928 oleh Alexander Fleming, antibiotik menjadi subjek penting dalam dunia perubatan.  Penisilin yang ditemui oleh saintis Perancis, Alexander Fleming adalah salah satu jenis antibiotik yang paling banyak digunakan dalam amalan klinikal. Hal ini kerana penisilin merupakan produk daripada sejenis kulat yang didapati berkemampuan membunuh pelbagai jenis bakteria. Lantaran keistimewaan itulah, ia kemudiannya digunakan sewaktu Perang Dunia Kedua sebagai rawatan utama.

Sehingga ke hari ini, pelbagai jenis antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ini kerana, para pakar dalam bidang perubatan mengakui kebaikan antibiotik yang berupaya membunuh bakteria dan merencatkan aktiviti bakteria. Sekali gus, berkesan untuk melumpuhkan kemampuan bakteria daripada terus merebak di dalam badan. Namun, harus anda ingat, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukannya virus!

Sehubungan itu, kebanyakan daripada sakit biasa yang anda alami seperti batuk, sakit tekak, dan selesema adalah berpunca daripada virus. Penyakit sebegini kebiasaannya akan hilang dengan sendirinya selepas tempoh beberapa hari walaupun anda tidak mengambil sebarang jenis antibiotik. Namun, jika doktor membekalkan antibiotik dan pada masa yang sama anda mengambilnya, 80% daripada antibiotik berkenaan merupakan suatu pembaziran kerana ia tidak akan memberi apa2 kesan kepada virus yang menyebabkan anda jatuh sakit. Lebih teruk lagi, ia boleh memudaratkan tubuh.

Hati-Hati!
Atas sebab itulah, anda perlu sentiasa berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya mengambil antibiotik. Bahaya yang mungkin anda undang kepada tubuh termasuklah mendedahkannya kepada pelbagai jenis alahan.

Kesan Sampingan~~
Buruk!
Penggunaan antibiotik sama seperti ubat-ubatan yang lain mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Contohnya seperti loya, pening, muntah, dan cirit-birit. Malah ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk seperti pekak, sawan, rosak buah pinggang, usus, dan hati.

Sementara itu, sindrom Steven Johnson merupakan salah satu kesan sampingan daripada beberapa jenis antibiotik yang berasaskan sulfa. Pesakit biasanya akan mempunyai masalah di bahagian mata, mulut dan lidah selain daripada mengalami keadaan kulit seperti terbakar. Kesan-kesan sampingan seperti ini kadang-kala boleh menyebabkan kematian.

Baik!
Seperti yang anda sedia maklum, bukan semua bakteria di dalam tubuh adalah jahat. Sebagai contoh, bakteria lactobacillus. Bakteria baik ini memenuhi usus bagi menghalang bakteria jahat seperti clostridium difficile agar tidak dapat memenuhi ruang usus yang boleh menyebabkan cirit-birit. Begitu juga halnya dengan bakteria baik yang menghuni kawasan faraj wanita. Tanpanya, kulat candida dengan mudah dapat membiak di kawasan berkenaan.

Kawan @ Lawan?
Malangnya, antibiotik tidak mengenal kawan mahupun lawan. Apabila anda mengambilnya, ia akan berfungsi seperti pembunuh kejam. Keistimewaan yang dimilikinya akan membunuh kesemua jenis bakteria sama ada bakteria baik ataupun bakteria jahat. Oleh kerana itulah, anda perlu teliti sebelum mengambil sebarang jenis antibiotik.

Sekiranya diambil sewenang-wenangnya, bakteria-bakteria terutamanya bakteria jahat yang tidak terbunuh akan menjalani proses mutasi. Bakteria ini akan menjadi kebal dan lama-kelamaan menjadi semakin kuat. Apabila antibiotik yang sama digunakan untuk mengatasi bakteria ini, ia tidak lagi mampu berfungsi seperti sebelumnya. Kesannya, doktor2 di klinik2 biasa terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat lagi sehingga tiada lagi antibiotik yang benar2 berkesan terhadap tubuh anda.

Tahukah anda?
Kebanyakan antibiotik adalah sangat kecil dan beratnya adalah kurang daripada 2000 Da.!!!!!!

0 comments: