Semua orang tahu bahawa lelaki dan wanita adalah 2 makhluk yang sangat berbeza. Masing2 ada ciri-cirinya yang tersendiri. Jadi, bagaimanakah mereka boleh bersatu dalam ikatan yang dinamakan perkahwinan?
Fikiran lelaki dan wanita sebenarnya bekerja dengan cara yang berbeza. Tapi perbezaan inilah yang akan membuatkan anda lebih menghargai pasangan dan akan membuatkan ikatan perkahwinan lebih menyeronokkan.
Untuk pengetahuan anda, otak lelaki dan otak perempuan berbeza dari segi bentuk, serta fungsinya. Hasilnya, tindakan dan tindak balas antara mereka berbeza. Pasangan suami isteri yang faham tentang hal ini akan menerima pasangan seadanya tanpa sebarang pertikaian.
Kat bawah nie ada beberapa perbezaan yang anda patut tahu agar lebih bersedia untuk berhadapan dengannya.
1) Bahagian emosi wanita lebih sensitif berbanding lelaki.
Wanita lebih beremosi daripada lelaki. Rasa simpati, persefahaman antara satu sama lain sangat penting bagi wanita.
Nasihat untuk suami;
Jangan rasa bersalah jika secara tiba2 isteri anda tidak ada “mood”. Ketika isteri anda sedang berhadapan dengan masalah, cuba tenangkan mereka dengan memeluk, memujuk atau luahkan rasa sayang anda padanya. Akan tetapi, anda perlu berhati2 agar tidak terpengaruh dengan apa yang dirasainya ketika itu. Cubalah berfikir dan bertindak dengan rasional dan berusaha untuk menstabilkan emosi isteri.
Semasa berhadapan dengan masalah berkitan emosi, wanita lazimnya mahukan anda bercakap dengannya seperti yang lazimnya dia lakukan pada anda. Oleh itu, buatlah apa yang sepatutnya. Berterus-teranglah pada isteri secara baik jika anda tidak mampu untuk memujuknya ketika itu dan bukannya diam sahaja. Dia pasti akan faham jika anda memberitahunya.
Nasihat untuk Isteri;
Emosi yang keterlaluan boleh menjurus kepada pemikiran yang tidak rasional. Cubalah berfikiran matang dan belajar terima cara suami melayan anda walaupun dia tidak menunjukkan rasa simpati seperti yang anda inginkan. Kalau inginkan simpati, mintalah daripada ibu ataupun adik beradik perempuan anda. Jangan sesekali gunakan perubahan hormon anda sebagai alas an untuk “mood” yang selalu berubah2. Pandai2-pandailah kawal emosi diri sendiri.
Ketika suami pula sedang sedih, berilah peluang untuk dia berfikir. Jangan ganggu dia. Biar dia sendiri yang jumpa anda selepas keadaan kembali reda.
Nasihat untuk kedua-duanya;
Jangan membalas emosi pasangan yang terganggu dengan rasa marah. Jadilah insan yang lebih memahami dan menyayangi. Elakkan daripada terus menyakiti hati si dia yang akan membuatkan keadaan menjadi bertambah teruk.
2) Pusat seksual lelaki lebih aktif berbanding wanita
Apabila bercakap tentang hubungan intim, lelaki dan wanita ada pendapat masing2. Bagi wanita, hubungan tersebut membabitkan hal emosi dan rasa cinta terhadap suami. Manakala bagi lelaki, hubungan tersebut adalah sentuhan fizikal atas dasar cinta yang dapat memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan isteri. Ini bermakna, antara lelaki dan wanita, rangsangan dan kepuasannya berbeza.
Nasihat untuk suami;
Cubalah cari cara untuk mengawal diri sendiri ketika bertemu wanita lain. Sekiranya anda biarkan diri berimaginasi tentang wanita lain, hubungan anda dengan isteri akan bermasalah. Lelaki berkecenderungan untuk menzahirkan rasa cinta mereka kepada isteri menerusi hubungan kelamin. Walau bagaimanapun, isteri anda mungkin tidak dapat merasa kehangatan cinta anda ketika melakukan hubungan kelamin jika anda luahkan rasa cinta itu melalui hubungan kelamin semata-mata. Oleh yang demikian, sebagai suami anda mestilah berusaha untuk bertenang apabila tiba tentang seks dan pastikan hubungan intim yang dijalinkan bersama isteri dapat dinikmati bersama dan bukan anda seorang sahaja.
Pada masa yang sama, cuba cari apa yang isteri anda suka dan buat dia rasa dihargai dan dicintai seperti memberikan dia bunga, nota2 cinta, coretan kata2 puitis, dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, wanita yang ada ikatan emosi yang kuat dengan suaminya lebih bersikap terbuka ketika di kawar beradu.
Nasihat untuk Isteri
Anggaplah keinginan seksual suami sebagai salah satu cara dia menunjukkan kasih sayangnya pada anda. Janganlah beranggapan bahawa dia memandang anda hanyalah sebagai alat untuk melepaskan nafsunya. Sekiranya anda rasa seperti itu, beritahu suami dan berbincanglah bersama. Pastikan anda mendapat jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Jangan takut untuk menunjukkan keinginan anda. Perbuatan tersebut sebaliknya akan menjadikan hubungan anda berdua bertambah erat.
Nasihat untuk kedua-duanya;
Suami dan isteri akan dapat merasai pengalaman yang lebih baik sekiranya mereka tidak mementingkan diri sendiri. Hubungan intim juga akan jadi lebih menarik dan menggembirakan.
3) Wanita berfikiran lebih terbuka
Deria wanita lebih sensitif. Hasilnya mereka akan perasan perkara2 yang remeh-temeh dan lebih mudah melakukan kerja2 yang memerlukan penelitian berbanding lelaki.
Nasihat untuk suami;
Jangan menganggap isteri anda seorang yang pengecut jika dia “bisingkan” tentang luka2 kecil dan lebam2 yang ada padanya. Dia mungkin rasa sakit lebih daripada anda. Anda juga perlu mempercayai pertimbangan isteri dalam situasi di mana memerlukan anda menyerap banyak informasi dengan cepat. Isteri anda mampu mengesan tanda2 kecil yang mungkin anda tidak perasan.
Nasihat untuk Isteri;
Jangan fikir suami anda peka terhadap setiap benda yang anda ada. Bantulah dia mengesan hal2 kecil yang mungkin dia terlepas pandang tetapi penting. Akan tetapi, jangan bebankan suami dengan terlalu banyak maklumat yang mungkin ada di antaranya tidak sesuai baginya. Anda juga perlu bersabar dengan suami sekiranya dia perlu melakukan kerja yang ada kaitannya dengan hal2 yang memerlukan perincian. Dia tentu tidak dapat merasakan bahawa mencari barang dalam almari mudah.
Suami anda juga mungkin tidak berminat dalam banyak perkara yang anda beritahu padanya. Jadi,jangan berkecil hati. Inilah masanya ibu dan adik beradik perempuan diperlukan. Pastinya, suami anda tidak berminat dengan jualan murah kasut ataupun beg tangan. Oleh itu, ajaklah rakan2 ke sana dan bukannya suami.
4) Lelaki berfikiran sempit.
Lelaki hanya mampu fokus terhadap satu perkara dalam satu2 masa. Manakala fikiran wanita mampu memikirkan banyak hal walaupun dalam keadaan terdesak. Biasanya, lelaki akan menyiapkan dahulu tugasan yang sedia ada sebelum memulakan yang lain.
Nasihat untuk kedua-duanya;
Kelebihan yang ada pada wanita dan lelaki walaupun berlainan jika digabungkan akan menjadi satu pasukan yang sungguh efektif. Sekiranya anda berdua menggunakan segala kelebihan yang ada pada diri masing2 untuk melakukan sesuatu kerja, percayalah bahawa kerja atau tugasan tersebut akan dapat disiapkan cepat dan lebih berkualiti.
Sebenarnya, antara lelaki dan wanita ada banyak perbezaannya. Untuk memastikan alam rumahtangga yang dilalui bersama sentiasa aman dan harmoni, masing2 kenalah sentiasa faham-memahami dan terima diri pasangan seadanya. Lagipun, Tuhan telah menjadikan manusia berpasang-pasangan. Jadi, sudah tentulah masing2 saling memerlukan antara satu sama lain. Ingat, jangan sesekali ukur kemampuan pasangan mengikut pandangan sebelah pihak saja sebaliknya dapatkan juga pendapat kaum berlainan jantina agar lebih relevan.
0 comments:
Post a Comment