Bersama hari2 semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara...Ya..hari2 semalam telah mengenalkan ku akan erti sebuah derita percintaan, percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga....
Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang..Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan..benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan, ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku ? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga2 cinta disegenap ruang hatiku?
Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan...Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua...benarlah kata orang tua2, "Cinta yang tidak disirami dengan bunga2 keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan"... Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta...Jika sesungguhnya di hatimu benar ada cinta untuk ku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali?!! Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu..
Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hatiku, padamkanlah ia....Kerana kelak ia akan membakar dirimu jua...Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta...Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian, tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu ? Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai kerana kepedihan dari kelukaan amat siksa sekali untuk ditanggung...Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta...
Cinta dicipta dan di anugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja...Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang, tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu...Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku....
Terima kasih atas kelukaan itu...Akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya...Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki walaupun kelak insan itu bukannya aku.....
Aku yang terluka.......
0 comments:
Post a Comment